Perjalanan dari bandar Kota Kinabalu hingga ke
bandar Tawau sangat mencabar jika memilih jalan ke
Kalabakan. Cikgu Suzan menaiki kederaan pacuan
empat roda untuk keselesaan dalam perjalanan yang
menggambil masa selama 8 jam dengan keadaan jalan
yang sangat mencabar.
“Dari keningau, Sok, Nabawan, Sepulut, Meliau Basin...
tiada ka tempat mau buang air kecil?” rungut Cikgu
Jovin yang menahan air di pundi kencing dari pagi
hingga ke malam.
“Kita berhenti sini, di sana ada tandas tu, gelap tu,
hati-hati kamu ya”pesan Cikgu Suzan yang sangat teliti
orangnya.
“Apa juga mau takut, orang kampung juga saya ni”
jerkah Cikgu Jovin sebelum keluar dari kereta, Cikgu
Suzan mampu menjeling sahaja dengan lagak Cikgu
Jovin.
Setelah melunaskan hajat Cikgu Jovin meneruskan
perjalanan dalam keadaan cuaca yang mendung dan
dikelilingi hutan yang gelap.
“CELUPAR”