KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Seiring dengan titipan angin senja, suasana di seluruh kawasan kondominium


yang berhampiran dengan pantai terasa tenang. Peristiwa silam yang


berselindung dalam diri sentiasa berlegar-legar di fikiran tatkala sedang


memikirkan hal-hal yang menyenangkan. Tanpa khabar, mereka memberitahu


bahawa orang yang berharga dalam hidup telah meninggal dunia saat berada


jauh di perantauan. Kehidupan yang dahulunya dipenuhi dengan keriuhan dan


kemesraan, bertukar menjadi suram dan sunyi apabila mereka mulai


bersangka buruk. Sangat sukar apabila menghadapi semua dugaan hidup


berseorangan. Izzwanie mengesat air matanya yang mengalir kerana


terkenangkan peristiwa tersebut. Dia membawa beberapa beg tertutup yang


berisi barang makanan.


"Banyaknya barang kamu bawa?" soal Faris dari belakang Izzwanie.


"Eh, terkejut saya. Semua barang ini saya hendak buang di tempat


pembuangan sampah," balas Izzwanie membohongi kawan dari kecilnya


Faris.


"Baiklah, hati-hati buang sampah. Awak mahu saya bantu?"


"Tidak perlu Faris, saya boleh buat sendiri," jawab Izzwanie untuk


mengelakkan diri daripada Faris.


Faris dan Izzwanie bukan orang asing lagi kerana mereka berdua bersahabat


baik sejak kecil. Ibu bapa Faris menyayangi Izzwanie seperti anak kandung


mereka. Meskipun begitu, Izzwanie tetap merasakan kekurangan dalam


dirinya. Masih ada lompang yang terbuka untuk diubati.


Izzwanie meletakkan setiap beg yang berisi makanan itu di setiap rumah


yang pernah memohon bantuan melalui iklan yang pernah dibuatnya sebelum


ini. Dia tidak pernah memberitahu identitinya apabila orang yang meminta


bantuan itu bertanya. Dia hanya menghantar barang tersebut pada waktu yang


tidak ramai dilihat oleh orang lain dan menulis surat daripadanya. Tipulah


kalau Izzwanie tidak pernah berniat untuk memperkenalkan dirinya kepada


orang yang telah menerima bantuan. Izzwanie membuat semua ini untuk


arwah ibu bapanya. Dia tidak pernah lupa melakukan amalan kebaikan untuk


disedekahkan kepada arwah ibu bapanya. Hal ini kerana, sebagai anak yang


solehah dan taat kepada ibu bapanya, Izzwanie sentiasa ingat akan satu hadis


iaitu dari Abu Hurairah RA dalam hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah SAW


bersabda: "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala


amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak


soleh yang berdoa baginya."

Free download pdf