KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

"Sebenarnya awak pergi ke mana tadi Izzwanie?"


"Ya Allah, Faris. Saya pergi membuang sampah sebentar tadi."


Ada kerisauan yang terpancar di wajah Izzwanie. Mungkinkah Faris


mengetahui kebenaran selama ini? Faris menggaru-garu kepalanya yang tidak


gatal. Dia menoleh ke arah plastik bungkusan makanan yang sudah lama di


dalam kereta.


"Sudah lama saya menanti kamu di sini. Hampir satu jam! Betulkah kamu


sekadar membuang sampah?" Faris cuba mencungkil rahsia Izzwanie.


"Oh. Tadi saya terus pergi pejabat ambil barang saya yang tertinggal."


Jawab Izzwanie untuk menyembunyikan perkara yang sebenarnya.


"Kenapa awak tunggu saya, Faris?"


"Ibu suruh saya bagi makanan ini kepada awak untuk makan malam


nanti."


"Aduhai, susahkan mak kamu saja. Ucapkan terima kasih kepada


mak awak." dengan lembut Izzwanie mengucapkan terima kasih kepada ibu


Faris.


"Okey, Izzwanie."jawab Faris.


Izzwanie berasa lega kerana Faris tidak tahu apa-apa. Tetapi sebenarnya


Faris berasa ragu-ragu dengan kejujuran Izzwanie kerana ini kali ketiga dia


membawa barang yang banyak dalam tempoh seminggu. Faris membuat


keputusan untuk mengikuti pergerakan Izzwanie selama seminggu. Selepas


seminggu mengikuti pergerakan Izzwanie, Faris terharu dengan perbuatan


yang dilakukan oleh Izzwanie. Izzwanie bukan sahaja memberikan bantuan


beg makanan kepada orang yang memerlukan, tetapi setiap seminggu


Izzwanie akan mengirimkan wang sebanyak RM250 kepada sebuah keluarga


yang fakir dan tinggal di kampung pedalaman. Bukan itu sahaja, Faris juga


baru tahu bahawa Izzwaniee menyumbangkan wang setiap bulan untuk


kebajikan masjid. Ternyata, tidak sia-sia Faris menyimpan perasaan buat


wanita yang tepat dan berakhlak mulia seperti Izzwanie. Setelah sekian lama


berkawan baik, Faris sebenarnya menyukai Izzwanie dalam diam.


"Terima kasih Izzwanie atas sumbangan yang telah kamu berikan." ucap


Ustazah Nazirah kepada Izzwanie.


"Sama-sama. Alhamdulilah ustazah, rezeki saya tidak pernah putus


sejak memberikan bantuan kepada orang lain." Jawab Izzwanie kepada


Ustazah Nazirah

Free download pdf