KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

“Syukurlah, Izzwanie. Inilah balasannya jika kita banyak melakukan kebaikan.”


Selepas balik dari rumah anak yatim, Izzwanie terus menghantar barang-


barang makanan. Dia menyedari bahawa sebuah kereta sedang mengikutinya


dari belakang. Lalu, dia terus balik ke rumah kerana tidak mahu diketahui oleh


orang lain. Setelah sampai ke rumah, dia mendapati bahawa Faris sedang


menunggunya di tempat letak keretanya.


"Ada apa Faris?"


"Izzwanie, saya nak awak cakap jujur. Apa yang awak buat sebenarnya


dengan barang yang banyak itu sebelum ini?"


"Tidak ada apa-apa. Itu cuma barang yang tidak saya guna dan pakai lagi."


"Mustahil awak ada barang yang banyak seperti itu. Izzwanie, awak cakap


jujur dengan saya. Insha-Allah saya tidak akan beritahu sesiapa."


"Ya Faris, selama ini yang saya bawa itu bukan sampah. Tetapi itu ialah beg


makanan yang saya nak bagi kepada orang yang memerlukan."


"Mulianya hati awak Izzwanie. Selepas ini datang rumah saya, okey? Ibu


suruh awak makan di rumah."


“Baiklah, Faris.” Izzwanie mengangguk sambil menguntumkan senyuman.


Izzwaniee berasa canggung apabila Faris mengetahui aktivitinya selama ini.


Padahal dia tidak mahu Faris mengetahui hal ini.


"Assalamualaikum."


"Waalaikummussalam, Izzwanie dah sampai. Mari masuk, mari " jemput


ibu Faris dengan mesra.


"Izzwanie, duduk di sini kita makan sama-sama," sambung Faris.


Setelah selesai makan dan berbual-bual dengan ibu bapa Faris, ibu Faris


meminta agar Faris menghantar Izzwanie kembali ke rumahnya. Semasa dalam


perjalanan, Faris telah memberitahu perasaannya yang sebenar kepada


Izzwanie. Sebelum ini, Faris telah meminta restu daripada ibu bapanya untuk


mengahwini Izzwanie dan mereka telah menyetujui keputusan Faris.


"Awak bagi saya masa dulu boleh tidak Faris? Saya masih belum


bersedia.”


"Boleh Izzwanie. Ambil masa untuk awak berfikir."


"Baiklah, terima kasih Faris."

Free download pdf