KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Izzwanie merasa lebih canggung apabila Faris meluahkan perasaannya


kepadanya. Sungguh, sungguh dia tidak menyangka, kerana fikirnya Faris


sudah mempunyai buah hati selama ini. Setelah dua minggu berfikir,


Izzwanie membuat keputusan untuk memberitahu kepada Faris tentang


perasaannya. Semua urusan berjalan lancar. Faris dan Izzwanie bakal


bergelar suami isteri pada bulan hadapan. Faris seorang lelaki yang sangat


bertanggungjawab dan teliti apabila hendak melakukan sesuatu perkara.


Mereka mengadakan majlis perkahwinan di masjid dan tidak lupa untuk


menyumbangkan makanan kepada orang-orang yang memerlukan.


Sesungguhnya, Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan


kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu


Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “tangan


yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari).


"Alhamdulilah, majlis perkahwinan kita dah selesai Izzwanie."


"Alhamdulilah, Faris. Saya harap awak dapat membimbing saya ke


jalan Allah dan sentiasa memberikan saya keberanian untuk berhadapan


dengan ramai orang selepas ini."


"Insha-Allah kita cuba buat yang terbaik ya," kata Faris dengan penuh


kemanisan.


Mereka berdua bahagia hidup bersama dengan keberkatan daripada Illahi


Alhamdulillah, inilah hikmah atas ketulusan hati Izzwanie yang selalu


memberikan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan selama ini.


Allahuakbar, sungguh indah takdir dan perjalanan yang telah diaturkan oleh


Allah!


Nur Izzah Nazurah Binti Rosle


PISMP AMB OGOS 24/

Free download pdf