KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

“Pemenangnya, beri tepukan gemuruh kepada Hamizah Adnan!”


Lantang suara pengacara majlis mengumumkan pemenang pertandingan


pidato sekolah peringkat zon. Gemuruh tepukan hadirin. Hamizah dengan


senyuman meleret menapak ke atas pentas.


“Hebatlah kau Mizah. Pidato pandai. Belajar pandai. Asyik nombor satu.


Cantik lagi. Tinggi lampai. Ish...cemburu betul aku dengan kau tau.” Sambil


memuji sambil menggerutu Sakinah terhadap Hamizah. Sempat lagi dia


menumbuk perlahan bahu Hamizah.


“Ala Kinah...apa yang nak dicemburukan. Itu je yang aku boleh pun. Bukan


macam kau Kinah, lumba lari kau johan, mengaji pun kau johan. Aku pun


cemburu kat kau tau tak.” Balas Hamizah sambil menolak perlahan badan


Sakinah. Sakinah hendak membalas. Hamizah pantas mengelak lalu


berlari. Mereka berkejaran di celah pohon-pohon getah untuk pulang ke


rumah masing-masing.


Mereka masing-masing ada kelebihan. Tetapi Hamizah lebih menonjol


dalam akademik. Mereka sempat lagi berebut memetik buah letup-letup


yang dah masak. “Aku punya, aku punya” jerit mereka sambil berebut-


berabut bertolak-tolak sambil ketawa.


Selepas SPM, Hamizah mendapat tawaran biasiswa ke Amerika


Syarikat.


“Tahniah Mizah. Aku bangga dengan kau. Kawan baik aku jadi top student.


Sambung ke luar negara pula tu, bukan macam aku ni...” ucap Sakinah di


lapangan terbang. Sakinah mendokong anak kecilnya yang berumur satu


tahun. Persekolahan Sakinah setakat tingkatan tiga sahaja. Bertubi-tubi


pula orang masuk meminang, akhirnya ayah Sakinah mengahwinkan


Sakinah. Cita-cita dan harapan Sakinah untuk berjaya seperti Hamizah,


hanya jadi debu berterbangan.

Free download pdf