KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

“Sudah siap makanan, Dayang?” Haji Rafi bersuara agak keras. Dayang


yang sedang tersenyum-senyum memerhatikan Yajid bekerja, tersentak.


Mukanya mula merah menahan rasa tidak puas hati. Mulutnya muncung.


Dayang dapat merasakan bapanya tidak suka hubungannya dengan Yajid.


“Belum, bapa.” Dia terus berlalu menjemur kain dan terus mendaki


tangga dapur. Sambil menghentak-hentak kaki dia memasak air di atas


dapur kayu.


“Kenapa, Dayang?” Mak Mong, ibu Sari tahu pasti ada yang tidak kena


pada anak gadis kesayangannya itu.


“Bapa itulah, mak. Bercakap kasar saja. Bapa tu macam tidak senang


saja Dayang berkawan dengan Yajid.” Dayang tidak berselindung. Ibulah


tempatnya mengadu saban hari.


Mak Mong melepas keluhan panjang. “Itu mak tidak tahu, Dayang. Tapi


sebagai anak, kamu ikut saja apa yang bapa suka, nak. Janganlah melawan.


Lagipun mak tengok, Yajid tu kerjanya malas. Datangnya lambat, pulangnya


awal. Hendak menyiapkan sebuah gambus pun, susah betul.”


Kata-kata ibunya hanya disambut dengan muncung yang semakin


panjang. Lalu dia mengambil besen kecil dan memasukkan sagu. Air yang


telah mendidih dituangkan ke dalam sagu lalu dikacau laju.


“Sudah siap ambuyat ni, mak. Mak panggillah bapa makan. Dayang


mahu tidur di bilik.” Belum sempat ibunya menyahut, dia sudah berkunci di


bilik. Telinganya menangkap suara ibunya memanggil ayahnya makan. Dari


lubang pintu, Dayang melihat kekasihnya Yajid turut sama naik ke rumah.


Setia pun ada. Mulalah dia mencebik.


Hatinya berbunga-bunga melihat kekasihnya makan ambuyat dengan


penuh selera. Lauk ikan bakar, sayur kangkung dan sambal belacan yang


dibuat ibunya pasti menambah kesedapan ambuyat itu. Dayang tersenyum.


BUNYI petikan gambus terdengar sayup-sayup. Dayang tahu itu bunyi


petikan gambus kekasihnya. Serta merta hati dan perasaan Dayang terbuai-


buai. Rumah kekasihnya hanya berjarak tiga buah rumah dari rumahnya.


Lagu Zapin Kasih adalah lagu kegemaran Yajid.

Free download pdf