Dr. Effendy Bin Yusuff
JABATAN HAL EHWAL PELAJARBahasa kita sama
Bunyinya seakan serupa
Nadanya dimain sekata
Namun...
Ditafsir dengan berbeza
Diterjemah pelbagai perkara
Interpretasi cara yang beranekaKau bicara soal itu
Aku sapa beginiDia dengar lalu menyimpul sedemikian rupa
Menanggapinya beribu-ribu makna
Menghadamnya perlu dengan bijaksanaKau maksud sebegitu
Ku maknai sebegini
Ini dunia kita
Melihat dari kaca mata berbeza
Namun nawaitu yang samaTutur kita walau nampak seakan sama
Mencari cahaya dalam gelita
Mewarnai terang dalam kelam
Walau sukar dimengertiKu serah segalanya
Pada yang Esa