KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Karya Kreatif Islami Dan Nilai-nilai Murni ini telah mengumpulkan berbagai-bagai bentuk
cerpen, tazkirah dan sajak Islami berunsur nasihat berserta pantun daripada seluruh
warga KENT sekali gus menonjolkan bakat berkarya seterusnya berjaya menjadi wadah
pembangunan budaya, kesusasteraan, dan pendidikan. Bukan itu sahaja, pemikiran
yang positif, inspirasi, dan nilai-nilai murni turut dapat disebarkan kepada khalayak
ramai. Aspirasi kecemerlangan generasi kini tidak seharusnya tertumpu dalam bidang
akademik, namun perlu seiring dengan sahsiah yang baik serta ketinggian peribadi yang
mulia. Hal ini adalah selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis yang berlandaskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.


Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga KENT yang terlibat
serta selamat maju jaya khususnya kepada bakal guru dan peneraju dalam dunia
pendidikan pada masa akan datang. Saya mendoakan agar warga KENT terus menggapai
kecemerlangan walau di mana jua. Semoga penerbitan karya penulisan ini mampu
menyumbang kepada kemajuan intelektual dan rohani masyarakat.


Sekian, Terima Kasih.


UCAPAN PENGARAH


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia,
Salam KENT Kerana Engkau Nama Terbilang.


DR. HAMIDAH BINTI SAMSUDIN,
Pengarah,
IPGM Kampus Kent.


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat
saya coretkan sepatah dua kata dalam terbitan Penulisan
Karya Kreatif Islami Dan Nilai-nilai Murni ini.


Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada barisan
jawatankuasa induk dan pelaksana yang terdiri daripada
barisan para pensyarah, staf dan guru pelatih khususnya
daripada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral atas
kejayaan menerbit dan menjayakan sebuah karya
penulisan yang menarik dan bermanfaat. Hasil
kesungguhan dan komitmen yang tinggi daripada semua
pihak memastikan penerbitan penulisan karya kreatif ini
dapat direalisasikan.


iii

Free download pdf