Dina Emylia binti Zainudin
PISMP BM SK AMBILAN JUN 2021
Usah biarkan,
Halaman suram dahulu menghantui
cerita,
Cerita kini yang lebih berwarna,
Didendangkan oleh protagonis nurani,
Alur cerita yang mendamaikan.
Usah juga dibiarkan,
Plot cerita yang belum kunjung tiba,
Yang tidak pasti akan kehadirannya,
Merosakkan melodi harmoni ini,
Kerana jika dibiarkan...
Cerita ini bakal berakhir tragis.
Kerana DIA sentiasa ada,
Menyusun sempurna alur cerita,
Mengetahui apa yang tidak diketahui,
Menemani setiap adegan cerita,
Mencintai setiap watak yang
bertingkah,
Meski watak itu... alpa tentangNYA.