Suzana Binti Fadzil
JABATAN PENGAJIAN SAINS SOIAL
Di tengah hiruk-pikuk dunia fana
Berjalanlah dengan hati yang tenang
Dalam setiap langkah, jangan alpa
Nasihat bijak selalu dipegangWaktu berlari tanpa henti
Setiap detik begitu bererti
Manfaatkan masa wahai nak muda
Elakkan sesalan di kala senja
Hindari godaan harta dan kuasa
Jauhi jeratan jaringan dosa
Kebaikan hati adalah kunci utama
Membawa damai dalam setiap rasaSeiring madah pesan kasihnya bonda
Janganlah sombong kerana harta dunia
Segala yang ada hanya sementara
Bersyukurlah dengan bersederhana
Itulah destinasi menuju bahagiaTeman sejati adalah anugerah
Jagalah mereka dengan setia
Saling memerlukan disaat payah
Bersama meniti laluan ke syurgaHidup adalah perjalanan penuh makna
Setiap nasihat adalah lentera
Terangilah jalan dengan bijaksana
Agar hidup barokah dan sejahtera