KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Tak ku ingkari


Dalam amanah tersemat di jiwa,
Mendidik guru, pembina bangsa,
Mengukir masa depan dengan tangan sendiri,
Dengan ilmu dan budi, ku semai erti.
Di medan ilmu, ku tetap setia,
Walau rencam tugas menguji jiwa,
Dengan langkah gagah, ku terus mara,
Menempuh hari dengan semangat membara.

Tak kenal penat, tak kenal lelah,
Mengajar, membimbing, penuh amanah,
Setiap kata, setiap ilmu diberi,
Menjadi panduan, menjadi erti,
Agar mereka terus maju tanpa henti.
Tiada berhenti, tiada jemu,
Membaiki diri, mengasah akal,
Agar terus mampu, terus kekal,
Menjadi lilin, membakar diri,
Memberi cahaya, menerangi bumi.

Menghadapi hari, tanpa gentar,
Dengan iman dan ilmu sebagai pelancar,
Dalam setiap langkah yang ku atur,
Semoga sentiasa dalam rahmat yang makmur.
Kerana aku guru, aku gagahi,
Amanah ini ku pikul sepenuh hati,
Walau rintangan menghalang jalan,
Aku terus mara tanpa beban,
Kerana aku tahu, dalam jiwa ini,
Tersirat amanah yang takkan kuingkari.

Dr. Ronald Yusri Batahong


JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

Free download pdf