KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Kinabalu Menggamit Rasa Rindu


Kinabalu


Kabus putih menyelimuti


Bayu malam mendakap...


Bunga-bungaan


Warna nan memukau


Tersenyum manis... harum


Pepohonan menghijau... segar


Burung berkicauan


Gurau senda...


Deruan angin...dingin


Mengelus pipi


Titisan embun... menyentuh kulit.


Mata air menuruni bukit


Irama syahdu.


Kinabalu


Dingin mendakap tubuh


Hangatnya terasa... di hati..


Kinabalu membiru


Menyentuh sukma


Kerana kasihku


Berputik di sini


Suburnya rindu


di sini.


Kinabalu menggamit rasa rindu.


NUKILAN:


Sabariah Bahrun


Kundasang.

Free download pdf