NORHAFIZAH BINTI ZAKARIA
Ka t a - k a t a Al u a n
Jurulatih Utama Praktikum
Konsep pementoran berstruktur dalam konteks praktikum IPGM merupakan
satu proses yang kompleks dan mengandungi pelbagai dimensi termasuk
membimbing, mengajar, mencadang penambahbaikan dan memberi
sokongan kepada pelajar.
Secara umumnya tugas mentor adalah untuk memimpin, membimbing dan
menasihati pelajar yang kurang pengalaman untuk menghadapi suatu
suasana kerja berdasarkan perkongsian pengalaman dan maklumat.
Di samping itu, program pementoran dalam praktikum di IPGM memberi
peluang kepada mentor yang berpengalaman untuk membimbing,
memberikan sokongan secara personal dan profesional ke arah
perkembangan pelajar melalui refleksi dan kolaboratif.
Pementoran berstruktur memerlukan model pementoran yang terancang dari
aspek strategi perkembangan kompetensi mentor, pemindahan pengetahuan,
penilaian, peta kurikulum praktikum yang khusus, sumber dan alat bantu yang
sesuai.
Harapan terhadap penerbitan buletin Titiga’on Praktikum adalah agar dapat
memfasilitasi perkongsian pengalaman antara mentor dan guru pelatih, serta
memberikan sokongan berterusan untuk perkembangan profesional mereka.
Semoga dengan adanya buletin ini, kita dapat membina komuniti yang saling
menyokong dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di IPGM.