BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

Soalan 3(a): Bahagian Morfologi
Tulisdua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.


i) Alamat
a. Puan Maria sedang menulis alamat pada sampul surat yang hendak
dikirimkan kepada anaknya.

b. Johan merasakan mimpinya itu memberikan sesuatu alamat yang buruk.

ii) Campak
a. “ Jangan campak batu itu ke dalam longkang, nanti tersumbat,” tegah ibu
kepada adik.

c. Adik dijangkiti demam campak selepas pulang dari sekolah.

iii) Cetek
a. Sungai di belakang rumah datuk saya cetek kerana musim kemarau.

b. Orang yang cetek ilmunya sering berfikiran negatif jika diberi sesuatu
tugasan.

[6 markah]

LATIHAN 3: Pengukuhan
Free download pdf