BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

JENIS - JENIS AYAT


Soalan 3(b): (6 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN
SOALAN 3(b): BAHAGIAN SINTAKSIS


  1. Soalan bahagian ini dianggap soalan beraras tinggi dalam aspek penguasaan
    bahasa kerana meliputi penguasaan dalam aspek kata, frasa, klausa, jenis ayat,
    binaan ayat, ragam ayat, dan sebagainya.

  2. Calon perlu memahami jenis-jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu.
    Antaranya
    a. ayat-ayat perintah
    b. susunan ayat biasa dan ayat songsang
    c. ayat tunggal dan ayat majmuk
    d. ayat cakap ajuk dan cakap pindah
    e. ayat aktif dan ayat pasif
    f. pola-pola ayat
    g. jenis-jenis ayat (ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan)
    h. kenal pasti subjek dan predikat


SOALAN (b)


PANDUAN MENGENAL PASTI JENIS-JENIS AYAT



  1. Ayat Penyata : (menyatakan sesuatu)
    CTH : Ali sedang belajar.

  2. Ayat Tanya : (ada tanda soal ?)
    : (ingin mengetahui sesuatu)
    CTH : Ke manakah kamu pergi semalam?

  3. Ayat Seruan : (ada tanda seru!)
    : (emosi tinggi atau meluncur akibat kehairanan, kekaguman,
    rintihan,sindiran)
    CTH : Aduh, sakitnya perutku!

  4. Ayat Perintah : (ayat silaan, ayat larangan, ayat suruhan, ayat permintaan)


CTH:i. Jangan merokok di pejabat (Ayat Larangan)
ii. Tolong ambilkan saya segelas air suam. (Ayat Permintaan)
iii. Jemputlah/ Silalah naik ke rumah saya. (Ayat Silaan)
iv. Tebang pokok kelapa di belakang rumah itu. (Ayat Suruhan)

SOALAN SINTAKSIS

Free download pdf