BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

  1. Formula menukarkan ayat pasif diri ketiga


a) Kata kerja mesti berimbuhan di... oleh – membaca jadi
b) Contoh: Mereka telah meminjam buku itu dua hari yang lalu. (Ayat aktif)
Buku itu telah dipinjam oleh mereka dua hari yang lalu. (Ayat pasif)


  1. Formula menukarkan ayat pasif berimbuhan ter-
    a) Kata kerja berimbuhan ter- mestilah dikekalkan. – Kami terambil jadi
    terambil oleh kami
    b) Contoh: Ani tidak terangkat buku yang berat itu kerana dia demam. (Ayat
    aktif)
    Buku yang berat itu tidak terangkat oleh Ani kerana dia demam. (Ayat
    pasif)


SOALAN 1:


Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.



  1. Kamu harus merebut peluang ini untuk meningkatkan kemahiran tarian.

  2. Pekerja majlis perbandaran telah memasang bendera pada setiap tiang di
    tepi jalan raya.

  3. Emak Syahmi sedang menggoreng mi untuk dihidangkan kepada tetamu.

  4. Kita perlu menyiapkan kertas kerja Minggu Citra Bahasa untuk diserahkan
    kepada pengetua.

  5. Jururawat sedang memeriksa pesakit di bilik kecemasan.

Free download pdf