BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

PENEGUHAN 7:


Tukar cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah dengan melengkapkan cakap
pindah yang diberikan dengan perkataan yang sesuai.


Yati : Farah, mengapa Farah tidak datang ke sekolah semalam?
Farah : Semalam Farah ada hal di rumah.
Yati : Apa halnya? Ceritakanlah kepadaYati.
Farah : Sebenarnya ibu Farah sakit.


Jawapan:
Yati(1) kepada Farah(2)
dia tidak datang ke sekolah semalam. Farah(3) bahawa
(4) menghadapi masalah di rumah. Yati
(5) kepada Farah mengenai masalah yang dihadapi dan (6)
dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Farah (7)
kepada Yati bahawa ibunya sakit.


PENEGUHAN 8


Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk dialog. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.


Kamala memberitahu Haliza bahawa pada minggu depan mereka akan
berkursus di Port Dickson. Haliza bertanyakan Kamala tentang jumlah hari kursus itu
akan diadakan. Kamala memberitahu bahawa kursus itu diadakan selama empat
hari. Seterusnya, Haliza bertanya kepada Kamala tentang kursus yang akan disertai
oleh mereka. Dia turut bertanyakan sama ada mereka wajib atau tidak menyertai
kursus itu. Kamala memberitahu bahawa kursus yang akan disertai itu adalah kursus
pembinaan pasukan dan kehadiran semua staf diwajibkan.

Free download pdf