BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
LATIHAN 2:Pengukuhan

LATIHAN 3: Pengukuhan

(vi) Demi mempertahankan tanah air, rakyat sanggup berkorban nyawa.
Subjek : Rakyat
Predikat : sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air

[6 markah]

a. Tukar ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah
maksud asalnya.

Masalah merokok dalam kalangan murid lelaki dan perempuan semakin meningkat.
Pelbagai program kesedaran tentang bahaya merokok tidak berkesan, malah
peratus murid merokok semakin bertambah. Mereka semakin berani merokok di
khalayak ramai dengan memakai pakaian uniform sekolah.

(i) Masalah merokok dalam kalangan murid lelaki meningkat.
(ii) Murid perempuan merokok semakinmeningkat.
(iii) Pelbagai program kesedaran tentang bahaya merokok tidak berkesan.
(iv) Peratus murid merokok semakin bertambah.
(v) Mereka semakin berani merokok di khalayak ramai.
(vi) Mereka berani merokok dengan memakai pakaian uniform sekolah.


[6 markah]

(b) Tukarkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat tanya dengan menggunakan
kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendalah berpadanan
dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang
diberikan.

(i) Encik Arsyad dan Puan Leila mempunyai empat orang anak lelaki.
Berapakah anak lelaki Encik Arsyad dan Puan Leila?
Berapa orangkah anak lelaki Encik Arsyad dan Puan Leila?
Anak lelaki Encik Arsyad dan Puan Leila berapa orang?

(ii) Kerana hujan lebat, latihan bola sepak pada petang ini terpaksa
dibatalkan.
Mengapakah latihan bola sepak pada petang ini terpaksa dibatalkan?
Latihan bola sepak pada petang ini terpaksa dibatalkan mengapa?
Free download pdf