BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
Soalan 3(e): (6 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

Soalan 3(e): Peribahasa (6 markah)



  1. Meliputi:
     Simpulan bahasa
     Perumpamaan
     Bidalan
     Kata-kata hikmat dan lain-lain

  2. Bentuk soalan:
     Terangkan maksud peribahasa
     Bina ayat menggunakan peribahasa yang diberi
     Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
     Berikan peribahasa yang sama dengan peribahasa yang diberi
     Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi.


[Lihat analisis Soalan 3(e)]



  1. Teknik menjawab:
     Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
     Gunakan peribahasa Melayu yang asal, Jangan ubah peribahasa
    tersebut.
    Contoh :
    Tepuk dada tanya iman (0 markah)
    Tepuk dada tanya selera (2 markah)


Contoh :


 Tulis peribahasa dengan lengkap

i. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian (0 markah)
ii. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (2 markah)
 Jangan senaraikan lebih daripada tiga peribahasa.

Pemeriksa akan tanda/ terima tiga peribahasa yang pertama sahaja.

SOALAN PERIBAHASA

Free download pdf