BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

Soalan 3(c): Kesalahan Ejaan dan / atau Imbuhan


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan kesalahan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i) Mereka akan adakan dailog kerana terdapat pihak yang tidak berpuas
hati dengan keputusan itu.
adakan – mengadakan dailog - dialog

(ii) Walaupun gaji pokoknya sederhana tetapi apabila dicampurkan
dengan elaun bulan dan komisyen dia mampu membeli kereta dan
rumah.
bulan – bulanan komisyen - komisen

(iii) Keputusan samada kerajaan akan memberi bonus atau tidak akan tahu
pada minggu hadapan.
tahu – diketahui samada – sama ada
[6 markah]

Soalan 3(d): Kesalahan Kata / Istilahdan Tatabahasa


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.


(i) Encik Sulaiman mengatakan terima kasih kepada semua ibu bapa di
atas pelantikannya sebagai pengerusiPIBG.
mengatakan – mengucapkan di atas - atas

(i) Anggota Persatuan Pecinta Alam SMK Seri Intan telah berjaya
membina sebuah mini taman dengan menggunakan bahan-bahan
terpakai di kawasan sekolah mereka.
Anggota – ahli mini taman – taman mini

(ii) Daun-daun yang berguguran pada halaman rumah petang semalam
telah dilap oleh emak pagi tadi.
dilap- disapu pada – di halaman
[6 markah]

LATIHAN 1: SOALAN TATABAHASA 3(c), 3(d), dan 3(e)
Free download pdf