BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
LATIHAN 2: SOALAN TATABAHASA 3(c), 3(d), dan 3(e)

Soalan 3(e): Peribahasa


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
berdasarkan ayat-ayat tersebut.


(i) Undang-undang, peraturan dan adat resam di sesuatu tempat harus
dihormati dan dipatuhi.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

(i) Murid-murid sering mengikuti kelakuan guru-guru mereka, khususnya
dalam hal-hal yang berunsur negatif.
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari

(ii) Batik merupakan warisan budaya kita kerana batik sudah terkenal
sejak dahulu hingga sekarang dan sesuai digunakan dalam pelbagai
majlis.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
[6 markah]

Soalan 3(c): Kesalahan Ejaan dan / atau Imbuhan


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan kesalahan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i) Sebagai ahli arkiologi yang berpegalaman, beliau telah gerudi tanah di
kawasan itu untuk mendapatkan artifak bersejarah.
gerudi – menggerudi arkiologi - arkeologi

(ii) Selekoh tajam di hujong kampung itu merbahaya dan boleh
mengundang maut.
merbahaya – berbahaya hujong - hujung

(iii) “Larut asid hidroklorik pekat amat bahaya jika tidak di tutup dengan
ketat,” kata Cikgu Aini kepada murid-muridnya.
Larut – larutan di tutup - ditutup
[6 markah]
Free download pdf