BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

Soalan 3(d): Kesalahan Kata / Istilahdan Tatabahasa
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.


(i) Selain daripada memiliki kelulusan yang baik, siswazah yang ingin
memohon pekerjaan juga perlu memiliki kemahiran telekomunikasi
yang bagus.

Selain daripada – selain daripada telekomunikasi - komunikasi

(i) Ketua jabatan-ketua jabatan dikehendaki mengecam kakitangan
mereka yang belum menguasai kemahiran teknologi maklumat untuk
diberi latihan.

ketua jabatan-ketua jabatan – ketua-ketua jabatan
mengecam – mengenal pasti

(ii) Setiap perkataan yang dilafazkan oleh kita hendaklah beralas supaya tidak
mengoyak perasaan orang lain.

dilafazkan oleh kita – kita lafazkan mengoyak - mengguris

[6 markah]
Soalan 3(e): Peribahasa
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.


Norlia : Saya kecewa dengan sikap segelintir remaja yang enggan
mendengar nasihat. Segala nasihat yang kita berikan hanya (i).
mencurah air di daun keladi

Shila : Betul kata awak, Norlia. Mereka tidak tahu bahawa segala kesilapan
mereka akan memalukan diri dan keluarga mereka. Perbuatan mereka
umpama (ii).
menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

Norlia : Mereka sewajarnya menyiapkan diri sebagai pemimpin negara pada
masa akan datang. Hal ini demikian kerana pemuda dan pemudi
dianggap sebagai (iii).
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Free download pdf