BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

Soalan 3(c): Kesalahan Ejaan dan / atau Imbuhan


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan kesalahan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itusemula.


(i) Malaysia taruh harapan kepada atlit penerjun, pasukan badminton dan
angkat berat untuk meraih emas di Sukan Olimpik.
taruh – menaruh atlit - atlet

(ii) Anak-anak hendaklah mendidik sejak kecil lagi untuk berpuasa dalam
bulan Ramadhan.
mendidik – dididik Ramadhan - Ramadan

(iii) Ibu merebus jagung yang baru dipetikkan dari kebun ayah untuk
dimakan ketika menuntun televisyen nanti.
dipetikkan – dipetik menuntun- menonton
[6 markah]
Soalan 3(d): Kesalahan Kata / Istilahdan Tatabahasa


Dalam setiap ayat di bawah, terdapatsatu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.


(i) Hubungan masyarakat pada zaman dahulu begitu ketat kerana mereka
saling bantu-membantu apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
ketat – erat
saling bantu-membantu – saling membantu/ bantu-membantu

(i) Kereta berhias Tenaga Nasonal telah timbul sebagai kereta berhias
paling cantik sekali dalam perarakan kereta berhias sempena
sambutan bulan kemerdekaan.
timbul – muncul
paling cantik sekali – paling cantik/ cantik sekali

(ii) Badak sumbu adalah di antara haiwan yang dilindungi oleh Perhilitan
kerana nombornya semakin berkurangan dan kian pupus.
di antara – antara nombornya - bilangannya
[6 markah]

LATIHAN 3: SOALAN TATABAHASA 3(c), 3(d), dan 3(e)
Free download pdf