BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

PENGGUNAAN KATA KUNCI YANG BETUL


KEHENDAK
SOALAN

KATA KUNCI CONTOH SOALAN DAN
JAWAPAN
NILAI
KERAJINAN
KETABAHAN
KERJASAMA
BAIK HATI
KASIH SAYANG

KATA NAMA:
KE ........ AN
CONTOHNYA NILAI
KEBERANIAN.

Soalan: Huraikan nilai yang terdapat
dalam novel yang dikaji.
Jawapan: Antara nilai yang terdapat
dalam novel Pantai Kasih ialah nilai
keberanian. Felicia berani membuat
pengakuan terhadap Dr. Raiha.
PERSOALAN KEBERANIAN
MENYELESAIKAN
MASALAH.

Soalan: Huraikan persoalan yang
cuba diketengahkan oleh pengarang.
Jawapan: Persoalan yang cuba
diketengahkan pengarang ialah
keberanian menyelesaikan masalah.
Felicia akhirnya berani .......
PENGAJARAN
KITA HENDAKLAH
KITA HARUSLAH
KITA MESTILAH

KITA HENDAKLAH
BERANI
MENGHADAPI
SEBARANG
MASALAH.

Soalan: Jelaskan pengajaran yang
terdapat dalam novel yang dikaji.
Jawapan: Pengajaran yang terdapat
dalam novel ialah kita hendaklah
berani menghadapi sebarang
masalah. Buktinya,..........
PERWATAKAN (KATA SIFAT)
SEORANG YANG
BERANI.

Soalan: Huraikan perwatakan watak
utama.
Jawapan: Antara perwatakan Dr
Raiha ialah seorang yang
berani.Buktinya, Dr. Raiha berani
membawa lari anaknya Rohayu dari
rumah agam.......
LATAR:
MASA
TEMPAT
MASYARAKAT

Malam/Pagi/zaman
perang
Bilik bedah/sekolah/
rumah
Penyayang/prihatin

Soalan: Huraikan latar masa dalam
novel yang anda kaji.
Jawapan: Antara latar masa dalam
novel PK ialah menjelang dinihari.
Buktinya, menjelang dinihari, Felicia
telah berjumpa dengan Dr Raiha
untuk membuat pengakuan dan
berterus terang tentang punca
kematian Rohayu..

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENJAWAB SOALAN NOVEL
DAN SOALAN PEMAHAMAN
Free download pdf