BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

  1. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan konflik yang terdapat
    dalam perkembangan cerita novel tersebut dan cara watak utama mengatasi
    konflik tersebut. (8markah)


NOVEL BIMASAKTI MENARI^


PERNYATAAN KONFLIK CARA WATAK UTAMA MENGATASI
KONFLIK


  1. Konflik luaran



  • Konflik antara Nurul Hafsa dan
    Muhammad Taufik dengan Dato‟ Johann
    Arlington-Majid.

  • Peristiwa semasa pembentangan projek
    Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
    Menteri Besar, setiap hujah Nurul Hafsa
    dibidas oleh Dato‟ Johann Arlington Majid.
    Nurul Hafsa mencadangkan supaya Kuala
    Selangor menggunakan lampu dengan
    reka bentuk “full cut off” tetapi Dato‟
    Johann tidak bersetuju kerana lampu ini
    dikatakan tidak mempunyai nilai estiteka
    dan sekiranya lampu ini digunakan, kes
    jenayah di Kuala Selangor akan semakin
    meningkat.
    (1 markah)


Nurul Hafsa berani mematahkan pandangan
Dato‟ Johann dengan mengatakan bahawa
objektif projek adalah untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit
Gelap dan mengembalikan kegelapan langit
dan bukannya Bandar Cahaya seperti di i-City
Shah Alam.
Segala pertanyaan Dato‟ Johann telah berjaya
dibidas oleh Nurul Hafsa dengan tenang
sehingga pembentangan selesai dan projek
tersebut dipersetujui oleh Menteri Besar.
(2 markah)


  1. Konflik Dalaman



  • Nurul Hafsa berasa bersalah apabila
    rakan seperjuangannya Muhammad
    Taufik ditimpa kemalangan iaitu dipukul
    oleh konco-konco Dato‟ Johann. Nurul
    Hafsa tertanya-tanya sama ada dia dan
    Projek Kawasan Simpan Langit Gelap
    yang menyebabkan kemalangan itu
    berlaku terhadap Muhammad Taufik.
    (1 markah)


Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dan
ditemani oleh Budiman. Nurul Hafsa meminta
maaf kepada Muhammad Taufik atas kejadian
yang berlaku. Nurul Hafsa menyatakan yang
dia faham jika Muhammad Taufik ingin
menarik diri daripada rancangan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap.
Namun Muhammad Taufik menyatakan
bahawa dia tidak akan berundur dan tetap
akan menyokong Nurul Hafsa. Nurul Hafsa
hampir-hampir menangis lantaran terharu akan
kesetiaan MuhammadTaufik.
(2 markah)

AKTIVITI PENGUKUHAN NOVEL: BIMASAKTI MENARI DAN PANTAI KASIH

Free download pdf