BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

NOVEL PANTAI KASIH^


PERNYATAAN KONFLIK CARA WATAK UTAMA MENGATASI
KONFLIK


  1. Konflik dalaman



  • Felicia Landosi terlibat dalam
    penyalahgunaan ubat batuk sebagai
    penenang kerana tertekan dengan
    peristiwa hitam masa silam (peristiwa
    kematian anak Dr. Raiha). Dia juga sering
    kecewa dengan teguran Dr. Raiha kerana
    mengasari ibu Unong Siron. Akibat rasa
    tertekan, dia sanggup menukar jadual
    kerja pada waktu malam kerana ingin
    mengelakkan diri daripada berjumpa
    dengan Dr. Raiha.
    (1 markah)


Dr. Raiha berasa bersalah atas tindakannya
menegur Felicia. Dr. Raiha sedar bahawa
dia dan Felicia merupakan dua orang insan
yang sama-sama menjadi mangsa keadaan.
Apabila mengetahui keadaan sebenar
(peristiwa kematian anaknya), Raiha telah
memaafkan semua kesalahan Felicia dan
meminta Felicia melupakan kejadian
tersebut dan memulakan hidup baharu.
(2 markah)

2.Konflik luaran


  • Konflik antara Dr. Raiha dan suaminya
    Dr. Sadiz.
    Peristiwa pertengkaran mulut antara Dr.
    Raiha dan Dr. Sadiz iaitu apabila bekas
    suaminya menuduh Raiha mempunyai
    hubungan sulit dengan Dr. Uwang. Dr.
    Sadiz bertindak ganas dengan cuba untuk
    mencederakan Raiha sambil memaksa
    Raiha menggugurkan janin yang
    dikandungnya. Janin itu merupakan
    seorang manusia yang tidak normal
    berdasarkan gambaran ultrasound yang
    telah dilakukan.
    (1 markah)


Dr. Raiha mengatasi konflik ini dengan cara
dia tetap dengan pendiriannya untuk
mengekalkan janin dalam kandungannya itu
kerana janin itu tidak berdosa. Dia menjaga
kandungannya itu dengan baik sehingga
selamat dilahirkan. Raiha tetap menerima
kehadiran anaknya itu walaupun anaknya
menghidap penyakit sindrom down.
(2 markah)

Novel yang saya kaji ialahnovel
.

Konflik yang pertama ialah konflik dalaman. Hal ini dapat dilihat melalui
peristiwa
.
Cara watak utama mengatasi konflik ini ialah
.

Konflik yang kedua ialah konflik luaran. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa

.
Cara watak utama mengatasi konflik luaran ini ialah
.
Free download pdf