BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

  1. Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari. [7markah]


Novel Pantai Kasih^
BIL PERNYATAAN CONTOH PERISTIWA
1 Permulaan Seorang doktor pakar yang baru menyertai pusat rawatan
terkemuka. Raiha, seorang doktor pakar yang baru menyertai
Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapi konflik diri
kerana sering terkenang akan peristiwa yang sudah berlalu.
Raiha mengalami konflik jiwa akibat kematian anak tunggal
kesayangannya.
@
Raiha terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor
Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam atas pesakit
yang bernama Unong Siron.
@
Raiha dibayangi kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya
terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia
memilih Dr. Sadiz sebagai suami.
[1 markah]
2 Perkembangan Seorang ketua jururawat dibayangi kenangan masa lalu. Felicia,
ketua jururawat di PRPK dihantui kenangan masa lalu sehingga
mendorongnya mengambil ubat batuk sebagai penenang. Dia
sering teringat akan teguran Dr. Raiha dan kata-kata Dr. Uwang.
Dia ditegur oleh Dr. Raiha kerana mengasari ibu Unong Siron
dan menyebabkan dia berasa kecewa.
@
Dia sanggup menukar jadual kerjanya untuk mengelakkan diri
daripada bertemu dengan Dr. Raiha.
[1 markah]
3 Klimaks Kisah pencerobohan PRPK dan kejadian kemalangan. Felicia
Landosi pernah ditahan di dalam bilik bedah oleh penceroboh
yang menyamar sebagai doktor. Keadaan menjadi huru-hara.
Ibu Unong Siron menenangkan penceroboh dan meminta
penceroboh membantu menyelamatkan anaknya yang parah.
@
Dr. Raiha teringat sikap suaminya iaitu Dr. Sadiz yang tidak
akan memaafkannya dan membiarkan kehidupan Dr. Raiha
digantung tidak bertali kerana telah memalukannya di khalayak
umum.
@
Kejadian kemalangan Doktor Uwang yang gagal mengawal
keretanya lalu merempuh garaj Pusat Rawatan Pantai Kasih.
[1 markah]
4 Peleraian Permohonan maaf daripada orang yang bersalah.
Felicia Landosi memohon maaf kepada Dr. Raiha atas
penglibatannya sebagai budak suruhan Dr. Sadiz untuk membeli
minyak petrol. Dia juga menjadi saksi apabila Dr. Sadiz
melepaskan geram dengan membakar keretanya sendiri. Felicia
terkejut apabila secara tiba-tiba anak Dr. Raiha iaitu Rohayu ada
dalam kereta lalu disambar api.
@

Free download pdf