BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
Dia menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak berani
tampil untuk menyatakan kebenaran. Dr. Raiha tersedar bahawa
mereka hanyalah mangsa keadaan.
[1 markah]

Novel Bimasakti Menari


BIL PERNYATAAN CONTOH PERISTIWA
1 Permulaan Pengenalan watak utama.
Nurul Hafsa baru bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
@
Dia melayan sekumpulan murid dari Jepun yang diiringi oleh
Puan Wickham mencerap bintang.
@
Mereka berasa hampa kerana bintang tidak kelihatan disebabkan
lagi terlalu cerah. Hasrat mereka untuk melihat kelip-kelip di
Kampung Kuantan juga tidak kesampaian.
[1 markah]
2 Perkembangan Projek untuk melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa membuat
laporan berkaitan dengan cahaya yang menghalang aktiviti
mencerap dan melihat kelip-kelip di Pejabat Daerah.
@
Pn. Poziah telah menasihati Nurul Hafsa agar tidak
mengharapkan sebarang tindakan kerana pembangunan di
Kuala Selangor tidak melanggar undang-undang alam sekitar.
@
Abang Nurul Hafsa iaitu Budiman mempertemukan Nurul Hafsa
dengan Muhammad Taufik yang mencintai alam sekitar juga.
Mereka berdua bersetuju bekerjasama melaksanakan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor bagi
membolehkan aktiviti pencerapan bintang dan menjaga populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan.
@
Dengan bantuan dan pengaruh Tan Sri Muhaimin, mereka
berjaya membuat pembentangan di hadapan pegawai daerah
Kuala Selangor. Menteri Besar mengadakan majlis terbuka
kepada orang ramai untuk mendengar pembentangan tentang
projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut.
[1 markah]
3 Konflik dan
klimaks

Projek Kawasan Simpan Langit Gelap mendapat tentangan
daripada Dato‟ Johann Arlington Majid. Dato‟ Johann tidak
bersetuju kerana syarikat beliau tidak dapat membekalkan
lampu-lampu full cut off yang diperlukan untuk tujuan projek
tersebut. Dato‟ Johann juga telah lama berdendam dengan Tan
Sri Muhaimin kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai pasangan hidup.

Dato‟ Johann telah merancang untuk menggagalkan projek
dengan mengupah penjahat untuk menimbulkan ketakutan
Free download pdf