BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

  1. Kegigihan watak utama sering ditonjolkan oleh pengarang dalam novel.
    Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
    menunjukkan kegigihan watak utama. [8markah]


NOVEL^ PANTAI KASIH^


BIL KEGIGIHAN WATAK UTAMA CONTOH PERISTIWA
1 Watak utama gigih untuk
mencapai cita-cita sebagai
seorang doktor.
[1 markah]

Raiha tetap gigih dan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai cita-citanya sebagai
seorang doktor pakar bedah walaupun
mendapat tentangan daripada ayahnya. Bagi
ayahnya, kerjaya sebagai doktor bedah tidak
sesuai untuk wanita kerana memerlukan
penelitian dalam menjalankan tugas.
[2 markah]
2 Watak utama gigih untuk
melaksanakan tanggungjawab
sebagai seorang doktor pakar
bedah.
[1 markah]

Raiha sangat gigih dan berusaha keras dalam
melaksanakan tugasnya sebagai seorang
doktor pakar bedah untuk membuat
pembedahan tulang pinggul Unong Siron buat
kali keenam.
[2 markah]
3 Watak utama gigih untuk
mempertahankan haknya.
[1 markah]

Raiha gigih mempertahankan bahawa
kesalahan atas kematian anak perempuannya,
Rohayu atau Ayu disebabkan oleh Doktor Sadiz
walaupun kes mereka berlarutan dan
menjejaskan nama baiknya sendiri.
[2 markah]

BIMASAKTI MENARI^


BIL KEGIGIHAN WATAK UTAMA CONTOH PERISTIWA
1 Watak utama gigih dalam usaha
untuk melestarikan alam sekitar.
[1 markah]

Nurul Hafsa telah bersatu hati dalam berjuang
untuk melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa
cuba untuk memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala
Selangor sebagai kawasan untuk mencerap
bintang.
[2 markah]
2 Watak utama gigih untuk
mendapatkan sokongan pihak
kerajaan terhadap projek
mereka.
[1 markah]

Nurul Hafsa gigih untuk mendapatkan sokongan
pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia
Tenggara. Nurul Hafsa membentangkan
Rancangan Projek Kawasan Simpan Langit
Gelap di hadapan Menteri Besar.
[2 markah]
3 Watak utama gigih dalam
menimba ilmu pengetahuan.
[1 markah]

Nurul Hafsa sangat gigih untuk menuntut ilmu di
luar negara (Universiti Jordan) dalam bidang
fizik dan kaji falak.
[2 markah]
Free download pdf