BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

NOVEL PANTAI KASIH^


BIL PERNYATAAN IMBAS
KEMBALI

CONTOH PERISTIWA

1 Bantahan seorang bapa.
(1 markah)

Raiha teringat kembali tentang bantahan bapanya
apabila dia menyuarakan isi hatinya untuk
memilih Dr. Sadiz sebagai bakal suaminya. Bapa
Raiha tidak bersetuju dengan pilihan hatinya
kerana bapanya menganggap Dr. Sadiz
merupakan seorang yang bersikap angkuh,
berusia lebih lanjut daripada usianya dan akan
melayan Raiha seperti seorang anak sekiranya
mereka berkahwin kelak.
(2 markah)
2 Kemalangan yang telah
meragut nyawa seorang
doktor.
(1 markah)

Raiha teringat kembali saat kematian bekas
suaminya. Sewaktu bertembung dengan Raiha di
hadapan mahkamah, Doktor Sadiz menjelaskan
bahawa Raiha akan digantung tidak bertali
sebagai balasan menjejaskan status elitnya di
khalayak ramai akibat perbicaraan itu. Sejurus
beredar dari mahkamah keluarga, Doktor Sadiz
dengan senyuman sinis terus memecut kereta
baharunya. Tiba-tiba kereta Doktor Sadiz telah
merempuh sebuah lori tangki minyak yang
berhenti secara mendadak di persimpangan
lampu isyarat, kemudian keretanya meletup dan
terbakar. Dr. Sadiz mati dalam kemalangan
tersebut.
(2 markah)


  1. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang dipelajari.
    [7 markah]


NOVEL PANTAI KASIH^
BIL PERNYATAAN PERSOALAN HURAIAN/PERISTIWA
1 Persoalan kepentingan diri
melebihi kepentingan
masyarakat.
(1 markah)


Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat
digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang
tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong
Siron asalkan berkemampuan mendapatkan
rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar
anak perempuan tunggalnya ke sekolah
berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata
untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya.
Apatah lagi anak itu hasil keterlanjurannya
sedangkan dia memang tidak menginginkan anak
apabila berumah tangga.
(1 markah)
2 Persoalan sikap berfoya-foya
walaupun sudah berumah
tangga.
(1 markah)

Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya
walaupun sudah berumah tangga
menggambarkan bahawa dia seorang yang suka
bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun
Free download pdf