BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

  1. Dalam sebuah novel terdapat banyak peristiwa yang dapat memberi teladan
    kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua
    peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. [8 markah]


NOVEL PANTAI KASIH^


BIL PERISTIWA HURAIAN/ ALASAN
1 Peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan
tindakan Doktor Uwang yang telah
menjalankan pembedahan penggantian
sendi pinggul sebanyak lima kali
terhadap Unong Siron.
(1 markah)

Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
kerana kita perlu bersikap berani dalam
mempertahankan pendapat walaupun
dengan pihak atasan/majikan.
(2 markah)
2 Peristiwa Doktor Raiha tetap dengan
pendiriannya untuk mengekalkan janin
dalam kandungan kerana janin itu tidak
berdosa.
(1 markah)

Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
kerana kita perlu menyayangi anak
walaupun anak tersebut merupakan
golongan istimewa (Sindrom Down)
(2 markah)

(^3) Peristiwa Doktor Raiha belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai
cita-citanya menjadi seorang doktor
walaupun mendapat tentangan daripada
ayahnya.
(1 markah)
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
kerana kita perlu beusaha bersungguh-
sungguh dalam mencari ilmu agar cita-
cita kita tercapai walaupun mendapat
tentangan.
(2 markah)
4 Peristiwa Doktor Raiha merawat Unong
Siron yang mengalami sakit di sendi
tulang pinggulnya dan melakukan
pembedahan kali keenam dengan penuh
tanggungjawab.
(1 markah)
Peristiwa ini dpat dijadikan teladan
kerana kita mestilah menjalankan tugas
dan tanggungjwab dengan amanah
tanpa mengira kedudukan seseorang.
(2 markah)
Novel Bimasakti Menari^
BIL PERISTIWA HURAIAN/ ALASAN
1 Peristiwa Nurul Hafsa berusaha untuk
menjadikan Kuala Selangor sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap untuk
mengembaikan populasi kelip-kelip.
(1 markah)
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
kerana kita hendaklah menjaga
kelestarian alam sekitar demi
kesejahteraan hidup.
(2 markah)
(^2) Peristiwa Nurul Hafsa yang meminta
bantuan pemandu van sekolah untuk
membuat laporan di balai polis sehingga
tertangkapnya penjenayah dan
Muhammad Taufik dapat diselamatkan.
(m/s 167)
(1 markah)
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
kerana kita hendaklah berani bertindak
untuk menyelesaikan sesuatu masalah
terutamanya pada waktu genting.
(2 markah)
3 Peristiwa Muhammad Taufik pergi ke
stesen minyak Petronas untuk menemui
lelaki yang tidak dikenali seorang diri
dan akhirnya dia telah diculik.
(1 markah)
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
kerana kita perlu berhati-hati dan
berwaspada sepanjang masa untuk
menjaga keselamatan diri.
(2 markah)

Free download pdf