BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

  1. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan satu
    kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
    (8 markah)


NOVEL PANTAI KASIH
(i). Kepincangan masyarakat yang mementingkan keuntungan.
 Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas
mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong.
Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di
pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan
dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.


(ii). Kepincangan masyarakat yang takut berterus terang.
 Sister Felicia Londusi tidak berterus terang dengan Raiha tentang
kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha
iaitu Rohayu kerana berasa takut.Felicia tahu bahawa Doktor Sadiz yang
menyiram minyak petrol ke atas kereta mewah Porsche milik Dr Sadiz sendiri
akibat rasa marah terhadap Raiha yang membawa lari Rohayu dari rumah
agamnya.

(iii). Kepincangan masyarakat yang ego.
 Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka.
Doktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas
kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat
marahnya yang sanggup membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan
menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka
yang kebetulan berada di situ disambar apitersebut.

(iv). Kepincangan masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas.
 Keterlanjuran emak Sister Felicia sehingga mengandungkan anak luar nikah
hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
 Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan
upaya menyebabkan dia berasa malu.

BIMASAKTI MENARI


(i). Kepincangan masyarakat yang menyimpan perasaan dendam
yang tidak berkesudahan.
Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam
terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilihTan
Sri Muhaimin sebagai suami.
Beliau tidak bersetuju dengan idea projek Kawasan Simpan Langit
Gelap, Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka
projek yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Johann membuat
kecoh ketika Nurul Hafsa yang ditemani Tan Sri Muhaimin membentangkan
Free download pdf