BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

Satu kata kunci 5 Aspek^
Kata Kunci : KASIH SAYANG (BIMASAKTI MENARI)


Peristiwa (^) : Pn Maryam Wickham kerap menghubungi anaknya Muhammad
Taufik untuk bertanyakan khabar walaupun tinggal berjauhan.
Mereka tinggal berjauhan setelah Pn Maryam bercerai dengan
bapa Muhammad Taufik iaitu Tan Sri Muhaimin. Namun begitu,
setiap kali Pn Maryam mengunjungi anaknya pasti dia akan
menginap di sana dan memasak makanan kegemaran
Muhammad Taufik.
Persoalan : Kasih sayang antara seorang ibu dengan anaknya
Perwatakan : Penyayang
Latar Masyarakat (^) : Masyarakat yang penyayang
Nilai : Kasih sayang
Pengajaran (^) : Kita hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain
Kata Kunci (^) : TABAH (PANTAI KASIH)
Peristiwa : Dr Raiha meneruskan kandungan yang dikatakan cacat dan
membesarkannya walaupun tanpa persetujuan suaminya Dr Sadiz.
Dr Raiha diceraikan oleh Dr Sadiz ekoran keengganannya
menggugurkan kandungannya itu. Dr Raiha sanggup membawa
lari anaknya daripada bekas suaminya. Dr Raiha tabah dengan
pengakuan Felicia yang menyatakan bahawa beliau bersubahat
atas kematian anaknya Rohayu.
Persoalan : Ketabahan seorang ibu mempertahankan kandungannya^
Perwatakan (^) : Tabah^
Latar Masyarakat : Masyarakat yang tabah^
Nilai (^) : Ketabahan^
Pengajaran : Kita hendaklah tabah menghadapi ujian kehidupan^
Kata Kunci (^) : KERJASAMA
Peristiwa : Ibu Unong Siron menghulurkan bantuannya untuk menyelamatkan^
Felicia yang ditahan di dalam bilik bedah oleh seorang pemuda
yang kurang waras.
Persoalan (^) : Kerjasama untuk menyelesaikan masalah
Perwatakan : Mudah bekerjasama^
Latar Masyarakat (^) : Masyarakat yang bekerjasama^
Nilai (^) : kerjasama
Pengajaran : Kita hendaklah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah^


MUDAHNYA BELAJAR NOVEL

Free download pdf