BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-
ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara dan
langkah-langkah membentuk modal insan cemerlang Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.


Negara kita yang tercinta sudah setengah abad mencapai kemerdekaan.
Sepanjang tempoh tersebut, kita telah membuktikan bahawa kita berjaya
mentadbirkan dan mengurus negara kita dengan cara kita sendiri tanpa bergantung
kepada pemimpin dan negara luar. Kejayaan ini perlu diinsafi oleh generasi muda
kita kerana merekalah yang menjadi harapan negara untuk memastikan
kemerdekaan terus kita kecapi. Oleh hal yang demikian, kita berharap agar generasi
muda kita akan menjadi modal insan yang cemerlang bagi menggalas
tanggungjawab dan amanah ini.
Kemerdekaan negara dan bangsa Malaysia akan lebih terjamin sekiranya
generasi muda dapat menjadi modal insan yang berilmu dan berpengetahuan. Ilmu
pengetahuan, khususnya dalam bidang Sains dan teknologi yang dikuasai oleh
generasi muda akan membolehkan mereka menjanakan pelbagai kemajuan demi
bangsa dan negara. Generasi muda yang menjadi modal insan yang berilmu dan
berpengetahuan akan lebih kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Ciri-ciri
generasi muda yang sedemikian mampu mencipta sesuatu yang baharu dan
bermanfaat serta mengelakkan negara dan bangsa daripada terus bergantung pada
negara-negara luar dalam usaha memakmurkan negara.
Dalam usaha menjamin kemerdekaan dan keharmonian hidup dalam negara
tercinta ini, sikap tolak ansur sesama kaum hendaklah menjadi amalan dalam
kalangan generasi muda negara. Sikap bertolak ansur atau toleransi ini akan
memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terbina tanpa mengira agama,
bangsa, bahasa dan adat resam. Perpaduan yang berasaskan sikap tolak ansur ini
akan memudahkan pelaksanaan segala dasar yang dibentuk atau melancarkan
segala program pembangunan yang dirancang. Oleh itu, generasi muda yang terdiri
daripada pelbagai kaum perlu memahami ciri-ciri pembentukan negara dan bangsa
yang telah termeterai dalam kontrak sosial harus dijadikan teladan. Cara ini mampu
mengelakkan rasa tidak puas hati sehingga melahirkan pertikaian sesama sendiri,
lantas menggugat kemerdekaan negara dan keharmonian hidup. Prinsip-prinsip
Rukun Negara seperti Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara, Kedaulatan Undang-Undang, Keluhuran Perlembagaan, serta Kesopanan
dan Kesusilaan harus menjadi pedoman dan pegangan remaja kini. Dengan
berpegang pada prinsip-prinsip ini, para remaja dapat dipastikan menjadi modal
insan yang mempunyai asas-asas yang kukuh dalam menghadapi segala perbezaan
pendapat dan pemikiran serta cabaran hidup dalam dunia serba moden.


Kita akur dengan perkembangan dunia hari ini yang dilatari konsep liberalisari
ekonomi, konsep dunia tanpa sempadan atau globalisasi dan sebagainya.

Free download pdf