BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
fungsi pusat sumber sekolah dalam membentuk pelajar berpengetahuan dan
cara-cara pelaksanaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.


Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak
mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung
ilmu dan sumber pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan
merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat merupakan tempat
pengumpulan bahan-bahan Alat Pandang Dengar (APD), sekarang kedua-dua
tempat ini diintegrasikan untuk menjadi Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Pusat Sumber Sekolah ialah suatu tempat berlakunya segala kegiatan yang
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Konsep PSS ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden
iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian,
setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi
memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri.
PSS seharusnya dapat membantu, membaiki kualiti pendidikan negara agar
dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan
yang akan mengganggap pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian
daripada kemahiran hidupnya. Pada hari ini, golongan pendidik dan masyarakat
umum menyatakan bahawa kita perlu menitikberatkan minat dan kecenderungan
serta kebolehan pelajar demi menghasilkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu,
PSS dapat disifatkan sebagai satu tempat yang dibina di sekolah yang dilengkapi
dengan alat bahan, dan kemudahan sebagai bantuan sokongan kepada tugas
pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum, bagi
tujuan mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk
individu atau kumpulan.
Selain itu PSS dapat memberikan perkhidmatan yang lengkap kepada guru-
guru mata pelajaran dalam menjalankan tugas seharian mereka. PSS juga harus
mampu memberikan pimpinan dan bimbingan dalam hal-hal yang berkaitan dengan
penggunaan bahan-bahan yang sesuai serta menghasilkan bahan-bahan yang
mudah dan murah tetapi berkesan kepada pelanggannya.
Kita percaya bahawa proses pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai
apabila dilakukan dengan melibatkan pelbagai pancaindera manusia dengan cara
yang sebaik mungkin. Jadi, PSS disediakan bertujuan untuk memajukan sumber
pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar. Di samping itu, PSS juga dapat
membantu guru-guru memilih dan menilai alat dan bahan pengajaran yang
dihasilkan oleh guru sendiri atau dibeli daripada pembekal swasta.
Justeru, dapatlah dikatakan bahawa PSS merupakan satu organisasi yang
berfungsi untuk mengumpul, menyusun, dan menyebarkan bahan-bahan pengajaran

Free download pdf