BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-
usaha untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan dan
kesan-kesannya kepada negara Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.


Industri pelancongan masih kekal sebagai penyumbang utama kepada
ekonomi dari segi pendapatan tukaran asing. Pelbagai usaha dan strategi dilakukan
oleh kerajaan bagi meningkatkan kemajuan sektor pelancongan di negara ini.
Nampaknya, usaha mempromosikan sumber baru pertumbuhan dalam pelancongan
kesihatan telah berjaya meningkatkan bilangan pelancong yang mendapat rawatan
di negara ini. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta,
Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negara-negara lain yang telah
mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini. Malaysia sebenarnya
mempunyai banyak kelebihan untuk mengembangkan industri pelancongan
kesihatan kerana memiliki kepakaran dan peralatan yang tinggi untuk ditawarkan,
selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran wang asing.
Keindahan yang dimiliki oleh negara ini menjadi penyumbang utama terhadap
perkembangan dan peningkatan sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini,
beberapa pihak swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian
Pelancongan dan Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar
sebagai satu usaha untuk mengembangkan industri pelancongan kesihatan negara.
Pelbagai langkah dilakukan untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan
kesihatan. Antaranya, menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaras
tawaran hospital dan hotel serta membentuk rangkaian rujukan antarabangsa. Selain
itu, hospital-hospital digalakkan mendapat akreditasi antarabangsa dan mengadakan
hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Kerajaan juga
menggalakkan pembentukan syarikat kesihatan multinasional Malaysia oleh pihak
swasta sebagai usaha meningkatkan sumbangan dalam sektor ini. Syarat imigresen
bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit turut dilonggarkan selain
menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk membina
kecemerlangan klinikal.


Kerajaan juga sentiasa menyokong dan mengalu-alukan usaha pihak swasta
mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital
swasta tempatan. Sebagai contoh, pada tahun 2004 Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical
Services Coordination International Sdn. Bhd. (MSCI) yang menyumbang kepada
perkembangan industri pelancongan kesihatan di negara ini. Sememangnya
pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti
perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak warga asing melalui produk
pilihan khidmat kesihata nswasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut
dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah
Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, seterusnya menjadi


LATIHAN 2: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Free download pdf