BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

  • menambah baik sistem perkhidmatan di negara kita

  • promosi berterusan tentang tempat-tempat menarik di negara ini

  • mengadakan pakej pelancongan yang menarik dengan kerjasama syarikat
    swasta/ agensi pelancongan

  • mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia atau negeri-negeri tertentu

  • memperkenalkan keunikan Malaysia melalui laman sosial/ internet


* terima mana-mana 4 jawapan yang sesuai
[maksimum 4 markah]

LATIHAN 3: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM


(iii) Industri pelancongan negara semakin berkembang pesat.

Pada pendapat anda,apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh kerajaan
bagi mengembangkan lagi industri pelancongan negara? [4 markah]

Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri
remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara dan
langkah-langkah membentuk modal insan cemerlang. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.


Negara kita yang tercinta sudah setengah abad mencapai kemerdekaan.
Sepanjang tempoh tersebut, kita telah membuktikan bahawa kita berjaya
mentadbirkan dan mengurus negara kita dengan cara kita sendiri tanpa bergantung
kepada pemimpin dan negara luar. Kejayaan ini perlu diinsafi oleh generasi muda
kita kerana merekalah yang menjadi harapan negara untuk memastikan
kemerdekaan terus kita kecapi. Oleh hal yang demikian,kita berharap agar generasi
muda kita akan menjadi modal insan yang cemerlang bagi menggalas
tanggungjawab dan amanah ini.


Kemerdekaan negara dan bangsa Malaysia akan lebih terjamin sekiranya
generasi muda dapat menjadi modal insan yang berilmu dan berpengetahuan. Ilmu
pengetahuan, khususnya dalam bidang sains dan teknologi yang dikuasai oleh
generasi muda akan membolehkan mereka menjanakan pelbagai kemajuan demi
bangsa dan negara. Generasi muda yang menjadi modal insan yang berilmu dan
berpengetahuan akan lebih kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Ciri-ciri
generasi muda yang sedemikian mampu mencipta sesuatu yang baharu dan
bermanfaat serta mengelakkan negara dan bangsa daripada terus bergantung pada
negara-negara luar dalam usaha memakmurkan negara.

Free download pdf