BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
(i) Apakah sikap anak-anak muda di kota yang membuatkan “saya” berasa aib
dan malu? [2 markah]

P1 – kaum lelaki dan perempuan bergaul bebas.
P2 – anak-anak muda mencampuradukkan bahasa kebangsaan dengan
bahasa asing dalam komunikasi.
[Maksimum 2 markah]
[2 Isi cukup ]

(ii) Remaja pada masa ini gemar mencampuradukkan pelbagai bahasa dalam
percakapan harian.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat cinta
akan bahasa kebangsaan dalam kalangan remaja? [3 markah]

P1 – memperkasakan pembelajaran subjek Sejarah di sekolah.
P2 – membina galeri yang mempamerkan fakta sejarah.
P3 – melawat ke tempat-tempat bersejarah.
P4 – menubuhkan dan mengaktifkan persatuan sejarah.
[Maksimum 2 markah]
[2 Isi cukup ]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen diatas dan satu
Persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]


Satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah :

P1- Persoalan keruntuhan jati diri anak-anak muda di kota.
[1+0]
Contohnya : saya berasa jelik dan aib melihat anak-anak muda di kota
bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan tidak menggunakan bahasa
ibunda yang betul.
[1+1]
Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan ialah :

K1 – Persoalan pembangunan yang meranapkan warisan bangsa.
[1+0]
Contohnya : Beberapa buah rumah penduduk Melayu termasuklah rumah
Munsyi di tanah rizab Melayu dirobohkan untuk dibangunkan dengan
bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang.
[1+1]
K2 – Persoalan kegigihan anak muda yang rajin membaca untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan.
[1+0]
Contohnya : Mel rajin membaca buku-buku yang disimpan oleh Bondanya
Free download pdf