BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

(i) Berikan dua sebab “saya” menitiskan air mata kesedihan? [2 markah]


P1 – mengenang khazanah berharga yang musnah.
P2 – membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa di kota besar
ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakal mengaut
keuntungan di bumi ini.
[Maksimum 2 markah]
[2 isi cukup ]

(ii) Pembangunan di bandar menyebabkan penduduk kehilangan tanah dan
rumah.


Pada pendapat anda,selain kehilangan tanah dan rumah,apakah kesan-kesan
pembangunan pesat di bandar? [3 markah]

Pada pendapat saya, selain kehilangan tanah dan rumah, kesan-kesan
pembagunan pesat di bandar ialah :

P1 – dapat meningkatakan kos hidup atau kadar inflasi.
P2 – menyebabkan kesesakan lalu lintas yang ketara.
P3 – masalah sosial atau jenayah dalam kalangan remaja terutamanya.
P4 – pencemaran alam sekitar juga akan semakin meningkat.
[Maksimum 3 markah]
[2 isi cukup]
*Terima jawapan lain sekiranya relevan*

(iii) Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan
satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat
dalam petikan. [4 markah]


Satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas ialah :

P1- kampung pinggir kota
[1+0]
Contohnya : jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah
kayu usang. [1+1]

Satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat
dalam petikan ialah :

K1 – rumah bonda [1+0]

Contohnya : Mel menyatakan hasratnya kepada bonda untuk bekerja di
Bandar tetapi telah dilarang oleh bonda.
[1+1]

Maksimum : 4 markah
*Terima jawapan lain sekiranya relevan*
Free download pdf