BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
Soalan 2(c): (8 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN PETIKAN

Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Tradisional (8 markah)
i) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks / maksud rangkai kata) 2 markah
ii) KBAT tertutup (jawapan dalam petikan teks) 3 markah
iii) KBAT terbuka(idea sendiri) 3 markah


PANDUAN MENJAWAB SOALAN
PROSA TRADISIONAL
FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN 2(c)i, 2(c)ii, dan 2(c)iii,
SAMA SEPERTI KETENTUAN DI BAWAH:-
BIL KRITERIA SOALAN / KEHENDAK
SOALAN

MARKAH ISI

1 Soalan memberikan maksud kata /
frasa / ungkapan / ayat

2 markah Pastikan anda menukar
semua maksud rangkai kata
2 Soalan berdasarkan teks (menjurus
KBAT tertutup)

3 markah Isi minimum 2 tetapi
senaraikan 3 isi.
3 Soalan berdasarkan idea dan pendapat
calon sendiri (KBAT terbuka)

3 markah Isi minimum 2 tetapi
berikan 3 isi sebagai
langkah selamat.

TEKNIK MENULIS JAWAPAN PROSA TRADISIONAL
Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan Prosa Tradisional kerana sukar
memahami cerita yang dipaparkan dalam teks dan tidak memahami istilah bahasa
klasik. Untuk mengatasi kelemahan semasa menjawab soalan, muridharus:


  1. Baca petikan dari awal hingga akhir

  2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan walaupun menggunakan
    bahasa klasik.

  3. Baca soalan dan garisi kata kunci soalan.

  4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBAT

  5. Padankan aspek yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana
    jumlah markah boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.

  6. Tulis menggunakan ayat yang gramatis dari segi struktur ayat dan tanda
    baca yang digunakan.

  7. Gunakan bahasa yang standard, iaitu bukan bahasa klasik yang dipetik daripada
    teks.

  8. Pastikan juga bahasa yang anda gunakan tidak dipengaruhi kata pinjaman
    atau dialek tempatan.

  9. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam
    baris baru.

  10. Untuk soalan KBAT terutama yang memerlukan pandangan anda, jangan
    sesekali menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau
    saranan yang dikemukakan.


SOALAN PETIKAN PROSA TRADISIONAL

Free download pdf