BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
Calon perlu menukarkan rangkai kata dengan perkataan bersinonim.

Calon perlu menyatakan reaksi/tindakan Sultan Muzaffar Syah berdasarkan
petikan yang diberi. Elakkan menyalin bulat-bulat ayat prosa tradisional.

Calon perlu memberikan idea yang bernas dan munasabah untuk
mengalahkan pertahanan negeri Melaka. KBAT terbuka.

(i) Berikan maksud rangkai kata memberi persalinan. [2 markah]

Jawapan lengkap:
Maksud rangkai kata memberi persalinan ialah menyediakan / menghadiahkan
pakaian.
(ii) Apakah reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan
pulang bendahara? [3 markah]

Jawapan lengkap:
Reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan pulang bendahari
ialah baginda terlalu gembira. Baginda seterusnya memberikan persalinan
kepada bendahara daripada pakaian yang mahal dan cantik. Tindakan
baginda yang selanjutnya ialah menganugerahi hulubalang yang bersama-
sama dengan bendahara dengan persalinan yangcantik.

(iii) Sekiranya anda Awi Dicu, bagaimanakah anda hendak menembusi
pertahanan negeri Melaka? [3markah]

Jawapan lengkap:
Sekiranya saya Awi Dicu, antara tindakan yang saya perlu lakukan untuk
menembusi pertahankan Melaka ialah saya akan memohon bantuan
ketenteraan yang lebih besar daripada Paduka Bubunnya. Selain itu, saya
jugaakan melengkapkan tentera dengan alatan yang mencukupi.Tindakan
seterusnya yang saya akan lakukan ialah melatih tentera dengan lebih
sistematik dan proaktif.
.

Free download pdf