BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
(i) Berikan maksud dua pertandaan lagi maka sungguh. [2 markah]
Maksud dua pertandaan lagi maka sungguh ialah


  • dua bukti lain yang sahih [2 markah]

  • dua anggota lain yang lebih penting [2 markah]

  • masih belum cukup dua bukti lain yang kukuh [2 markah]


(ii) Berdasarkan petikan, mengapakah Bendahara mahu menunggu Laksamana?
[3 markah]
Bendahara mahu menunggu Laksamana kerana:


  • kata-kata Laksamana sahaja yang dapat dipercayai.

  • hanya Laksamana yang mampu membunuh pencuri itu.

  • Laksamana berani tetapi orang lain penakut.

  • Laksamana akan membawa bukti yang lebih kukuh

  • bukti Laksamana yang paling sahih.
    [Isi cukup: 2 isi]
    [Maksimum : 3 markah]


(iii) Bendahara menempelak beberapa orang yang sanggup mengaku bahawa
merekalah yang telah membunuh Kertala Sari sedangkan Laksamanalah yang
sebenarnya membunuh penjurit tersebut.

Sekiranya anda raja,apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil
terhadap orang yang memberikan pengakuan palsu? [3 markah]

Sekiranya saya raja, tindakan-tindakan yang akan saya ambil terhadap orang
yang memberikan pengakuan palsu ialah:


  • mengenakan denda berbentuk sejumlah wang

  • hukuman sebat dengan rotan

  • memasukkannya ke dalam penjara

  • memerintahkannya melakukan kerja-kerja kebajikan/ sosial

  • membuang negeri/ daerah
    [Isi cukup: 2 isi]
    [Maksimum : 3 markah]

Free download pdf