BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
(i) Bagaimanakah reaksi Kertala Sari selepas melihat Laksamana?
[2 markah]

Reaksi Kertala Sari selepas melihat Laksamana ialah:



  • Mengagumi keperibadian Laksamana [1 markah]

  • Mengagumi kebijaksanaan Laksamana [1 markah]

  • mengakui kehebatan Laksamana dan [1 markah]

  • mengakui Laksamana lebih hebat daripada ayahandanya. [1 markah]
    [Maksimum : 2 markah]


(ii) Nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kertala Sari untuk mengenal
pasti Laksamana. [3 markah]

Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kertala Sari untuk mengenal pasti Laksamana
ialah:



  • pergi ke Melaka

  • menyamar sebagai orang Jawa di Melaka

  • menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya

  • mengikut Patih Kerma Wijaya menghadap Raja Melaka

  • menyamar sebagai pembesar Melaka
    [Isi cukup: 2 isi]
    [Maksimum : 3 markah]


(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Bukit Cina menjadi pilihan Kertala Sari
untuk menyimpan harta? [3 markah]

Pada pendapat saya, Bukit Cina menjadi pilihan Kertala Sari untuk menyimpan
harta kerana


  • berada di luar kota

  • tidak dikawal oleh hulubalang

  • harta yang tersimpan di atas bukit

  • sukar dikesan oleh orang lain

  • terletak di tengah-tengah negeri Melaka
    [Isi cukup: 2 isi]
    [Maksimum :3 markah]

Free download pdf