BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
(i) Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu
sentiasa menjaga tangan dan kakinya. [2 markah]

Dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga tangan dan kakinya ialah

P1 Tidak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama/ undang-undang
P2 Tidak mengambil hak orang lain / yang bukan haknya
P3 Tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang / tempat maksiat
P4 Tidak terjebak dalam kegiatan yang negatif / perkara keji
P4 Sentiasa menggunakan tangan dan kakinya untuk kebaikan
[maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(ii) Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberi gambaran
betapa pentingnya kita menjaga pertuturan dalam pergaulan.

Pada pandangan anda, apakah kesannya jika seseorang itu tidak menjaga
tutur katanya? [3markah]
Pada pandangan saya, jika seseorang itu tidak menjaga tutur katanya ialah

P1 Menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan/ pergaduhan
P2 Merosakkan / memutuskan hubungan / silaturahim
P3 Dibenci / dimusuhi oleh orang lain
P4 Kekurangan / ketiadaan kawan
[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]


Persoalan yang terdapat dalam gurindam ini ialah persoalan kepentingan
menjaga pancaindera(1m). Seseorang yang menjaga pancaindera akan
menyebabkan dirinya disayangi dan dihormati(1m). Seterusnya persoalan
berhati-hati apabila menggunakan pancaindera(1m). Apabila seseorang berhati-
hati menggunakan pancaindera mereka dapat mengelakkan diri daripada
terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.(1m)
[maksimum : 4 markah]

Pilihan-pilihan jawapan lain:
Persoalan melakukan sesuatu secara keterlaluan
Contoh: sikap keterlaluan akan mengundang pelbagai keburukan. 2 markah

Persoalan tanggungjawab mengelakkan diri daripada musibah / perkara keji
Contoh: dapat hidup dalam keadaan aman dan mampu menjaga maruah diri
dan keluarga.
Free download pdf