BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

(i) Berikan maksud:
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan. [2 markah]


Saranan kepada pembaca agar bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia
yang di dalamnya terdapat manusia yang berbagai-bagai sifat dan kerenahnya.


[maksimum : 2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bijak memilih seseorang yang
baik akhlaknya sebagai sahabat kita? [3 markah]


P1 kita tidak terpengaruh untuk melakukan perbuatan yang negatif dan
perbuatan berbentuk subversif
P2 sahabat tersebut dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan benar
P3 kita dapat mengekalkan hubungan baik dan harmoni sesama manusia
[maksimum : 3markah]
[Isi cukup : 2isi]

(iii) Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.
[4 markah]


P1 Kita hendaklah rajin dan tekun menuntut ilmu untuk memperolehi
pengetahuan dan kemahiran.
P2 Kita mestilah mengamalkan sifat dermawan kerana manusia yang memiliki
sifat itu akan dihormati.
P3 Kita hendaklah berhati-hati dalam pertuturan.
P4 Kita hendaklah menjauhi salah faham sehingga menimbulkan persengketaan.
P5 Kita hendaklah bijak dalam pergaulan.
P6 Kita hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
(Isi – 1m, Huraian – 1m)
[maksimum : 4 markah]
Free download pdf