BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
Fokus pada tulisan yang dihitamkan (penting/ arahan soalan)
Menggunakan ayat lengkap /ayat gramatis
Rujuk jawapan dalam petikan sahaja
Jangan menyalin bulat-bulat dalam petikan/ menggunakan ayat sendiri

Menggunakan ayat lengkap/ ayat gramatis
Nyatakan perancangan-perancangan (Berikan pendapat berdasarkan
arahan soalan
Hanya merujuk pada DIMENSI anda sebagai pelajar, tidak boleh pihak lain
ISI CUKUP 2 = 3 markah

Menggunakan ayat yang lengkap/ayat gramatis
Hanya menyatakan TEMA yang TEPAT bagi keseluruhan puisi.
Huraian mesti menepati tema puisi
Markah diperoleh dengan menyatakan 1 TEMA & 2 HURAIAN (3 ISI)
3 Isi = 4 markah.

(i) Berdasarkan rangkap akhir, nyatakan dua pesanan penyajak.
[2 markah]


Jawapan lengkap:
Dua pesanan penyajak dalam rangkap akhir ialah penyajak berpesan agar
mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia dan sentiasa
berserah diri kepada tuhan. (2 markah)

(ii) Pada rangkap pertama, penyajak menggambarkan bahawa dia perlu
membuat perancangan untuk mengubah kehidupannya.


Sebagai seorang murid berwawasan, apakah perancangan-perancangan
yang perlu anda lakukan untuk cemerlang dalam pelajaran? [3 markah]

Jawapan lengkap:
Perancangan-perancangan yang akan saya lakukan untuk cemerlang dalam
pelajaran ialah saya akan belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa bergaul
dengan orang yang lebih berilmu. (3 markah)

(iii) Huraikan tema sajak tersebut. [4markah]


Jawapan lengkap:
Tema sajak tersebut berkaitan ketabahan atau kecekalan seseorang dalam
menghadapi dugaan dalam kehidupan. (Tema = 1 isi) Penyajak mengakui
bahawa dia pernah terjebak dengan tipu muslihat yang licik namun sabar
menghadapinya. (Huraian = 1isi) Selain itu, penyajak berjanji tidak
mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya. (Huraian = 1 isi)
Free download pdf