BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

LATIHAN 4: SAJAK


Soalan 2(d): Puisi Tradisional (Sajak: http://www.sibermerdeka.com.my)

(i) Nyatakan dua sikap positif yang ditunjukkan oleh penyajak. [2markah]
Dua sikap positif yang ditunjukkan oleh penyajak ialah bercita-cita tinggi dan
sentiasa berfikiran positif.

(i) Dalam rangkap ketiga sajak ada dinyatakan bahawa terdapat banyak dugaan
dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Nyatakan cara-cara kita menghadapi segala dugaan dan cabaran tersebut.
[3 markah]
Cara-cara kita menghadapi segala dugaan dan cabaran tersebut ialah
berbincang dengan orang yang dipercayai untuk mencari jalan penyelesaian,
bertenang dan berfikir secara rasional pilihan yang terbaik untuk mengatasi
cabaran. Cara seterusnya ialah sentiasa berdoa kepada-Nya untuk
mempermudahkan diri menyelesaikan masalah.

(ii) Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut ialah nilai
kebijaksanaan seperti bijak dalam menilai paparan maklumat melalui Internet.
Seterusnya nilai kegigihan iaitu gigih dalam usaha menyelesaikan cabaran
yang dihadapi.

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SANG GEMBALA KUDA^


Rangkap 1
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di
tangan rembat angkuhnya
memacu takut menghalau
kuda-kuda di padang
berebutan memburu
kandang

Maksud
„Seorang lelaki bergelar perkasa‟
merupakan simbolik kepada seorang
pemimpin. „Cemeti keberanian di tangan‟
bermaksud pemimpin tersebut mempunyai
kuasa. „Rembat angkuhnya memacu takut‟
bermaksud pemimpin ini boleh melakukan
apa-apa sahaja yang menyebabkan orang
bawahannya berasa takut. „kuda-kuda‟
bermaksud orang bawahan atau orang
Free download pdf