BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

(^) suruhannya. Pemimpin ini kuat kerana
kuasa yang ada padanya.
Rangkap 2
Rumput dan jerami yang
terhidang adalah kanun
janji kesetiaan dimamah
rakus kala lapar tak peduli
nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu
rakan.
Maksud
Untuk mengekalkan kuasa, pemimpin ini
memberikan pelbagai kemewahan kepada
ketua-ketua kecil yang menyokong penuh
kepemimpinannya. Segala pemberian ini
diterima sepenuhnya dan ketua-ketua kecil
ini perlulah setia. Oleh sebab mereka telah
menerima pelbagai kemewahan daripada
pemimpin atasan, ketua-ketua kecil akan
berusaha untuk mendapatkan sokongan
daripada rakan atau orang di kawasannya
supaya mentaati pemimpin mereka.
Rangkap 3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih
gempita daripada ringkik
kuda sekandang pacuannya
diiringi seribu keberanian
meredah onak di rimba
perburuan meranduk lumpur
di paya penindasan sambil
melibas cemeti durjana dia
melampar muslihat aku
penyelamat maruah
berjuang atas dasar
kebenaran menentang
semua kebobrokan.
Maksud
Pemimpin mempunyai kuasa yang besar.
Oleh sebab dia mempunyai kuasa,
arahannya sentiasa dipatuhi oleh ketua-
ketua kecil di bawahnya. Pelbagai masalah
dapat dihadapi dengan mudah. Dengan
kuasa yang ada, dia berjaya menindas
orang bawahan. Dengan menggunakan
tipu muslihat, pemimpin ini mengatakan
bahawa dia merupakan penyelamat
maruah bangsa, berkhidmat dengan
ikhlasnya, dan menentang semua
ketidakadilan yang berlaku.
Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala
kuda hanya mengenal
pantas tunggangan tanpa
membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala
kuda hanya tahu
mengejar kehebatan
tanpa menghitung
kesakitannya
dan kuda-kuda itu
Maksud
Inilah pemimpin yang mempergunakan orang lain
untuk mengekalkan kedudukannya. Dia hanya
bijak untuk menggunakan orang lain bagi
mengekalkan kuasanya. Pemimpin ini hanya tahu
untuk mengejar kuasa tanpa mengambil kira
kehebatan dirinya yang sebenar. Oleh sebab
kebijaksanaannya mempergunakan orang lain,
orang-orang bawahannya terus tertindas.

Free download pdf