BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

LATIHAN 5: SAJAK


ditunggangi ditunggangi dan
ditunggangi!

(i) Nyatakan dua lambang kekuasaan sang gembala kuda. [2 markah]

Dua lambang kekuasaan sang gembala kuda ialah arahannya dipatuhi oleh
orang bawahannya dan segala masalah sangat mudah diselesaikan.

(ii) Raja ialah simbol kekuasaan sesebuah negara.

Pada pendapat anda, bagaimanakah raja mengukuhkan kekuasaannya?
[3 markah]
Pada pendapat saya, cara raja mengukuhkan kekuasaannyanya ialah
seseorang raja hendaklah mempunyai sifat cakna dengan masalah yang
dihadapi oleh rakyat supaya sentiasa disayangi rakyat. Selain itu, seseorang
raja perlulah bertanggungjawab menguruskan sistem pentadbiran negara agar
pemimpin memandang tinggi kredibiliti yang ada dalam diri raja.

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
Dua nilai murni yang terdapat dalam sajak ialah nilai keberanian iaitu sang
gembala kuda berani mengendalikan kuda-kuda yang lasak. Nilai seterusnya
ialah ketabahan iaitu sang gembala kuda tabah menghadapi kepayahan.

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU^


SAJAK MAKSUD


Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku

Penyajak terkedu di atas sejadah
ketika mengucapkan kalimah
syahdu yang menyentuh hati dan
mengenang dosa lalu yang telah
dilakukannya
Free download pdf